Thursday, 26 September 2013

Assalamualaikum semua 



Dah bersawang dah blog aku ni .Almaklum la sibuk sangat *aceyyy sebenarnya internet tak da sebab aku tak bayar lg* . Aku teringin nak tulis cerpen pendek tapi kejap lagi lah . Sekarang ni aku nak pikir endingnya cam na dulu , hahaha . Rasa mcm nk tulis cerpen pendek yang ada kaitan dgn kisah hidup aku ja.. Tengoklah mcm mana okay , hehehe. Btw , aku sekarang ni tengah jual t-shirt .Sapa yang berminat boleh la cai aku . *Bajet macam semua orang kenal ja*


Actually minggu lepas aku pergi pulau pinang .Saja p jalan-jalan , p melawat si Kepah ( AfifahILyana) kat USM. Malam tu bermalam kat bilik dia la.Tido atas lantai , sejuk gila. Tapi tak pa itu pengalaman dan pengajaran buat aku .Walaupun penat tapi enjoy la dapat jumpa semula exkmk .Lepas jugak rindu aku kat mereka .


Minggu ni aku nak balik kg pulak .Nak setelkan masalah tulang punggung aku . Hahaha .Sakit gila kalau kena duduk lelama .Kuliah semua 2 jam , mmg kematu la wey. Aku risau jugak kalau aku kena penyakit kokdinasi ataupun sakit di tulang hujung punggung. Ni semua bagi kesan kehidupan aku ni.Semoga Allah pelihara kau.Dan kalau betul ,aku teima dengan redha.Sebab Allah takkan datangkan ujian kalau hambaNya tak mampu laluinya .

Thursday, 22 August 2013



Assalamualaikum


Tebuan merupakan sejenis serangga terbang yang mempunyai sengat yang berbisa dan menyakitkan. Ia tergolong dalam Order Hymenoptera, Family Vespidae. Spesis terbesar di Malaysia ialah Vespa tropica tropica.



Petang kelmarin, kami sekeluarga dok sembang punya sembang sampai la keluar cerita tebuan ni. Haha. Actually cerita ni memalukan aku sikit, tapi tak apa pengalaman yang mendewasakan kita kn ? Masa lepas SPM kan cuti panjang, aku mcm biasalah , dok rumah tlg mak buat keje rumah . Nak di jadikan cerita, petang tu aku kutip baju awai sikit dalam pkul 4 cam tu la, kononnya nak lipat awai sikit .Tgh aku kutip tiba-tiba aku rasa jari manis aku kebas dan mula berdenyut . Ya Allah , apa lagi melompat la aku. Menangis sampai guling-guling sebab sakit yang teramat sangat. Sampai ayah aku nak bawa p klinik la. Aku mkn ubat tahan sakit tapi tak jadi apa jugak .Last-last, mak aku letak cuka nipah yang lama. Baru la sakit tu beransur kurang .Sampai esok pun dok bedenyut g kat situ . Bebisa sungguh la tebuan ni. Sebenarnya, malam sebelum hari kejadiaan , aku gelakkan ayah aku , sbb sampai menitik air mata tahan sakit kena sengat tebuan. Ayah kata sebab tu la kita tak bole gelakkan orang .Tgk Allah bayar cash . Ahahahhahaha..Sampai sekarang aku masih ingat lagi .Masa aku tengah guling-guling sebab sakit ,jiran aku pun mai tgk .Lagi la malu kan ,ahahahhaha.



 google image



Aku fobia dengan tebuan ni. Walaupun kecil tapi fuhhh sengatan bole bawa maut ooooo.So berhati-hatilah ye semua.
Moral of the story, kita janganlah bergembira di atas kesedihan dan kesakitan orang lain .

Monday, 29 July 2013



Kesabaran dalam melaksanakan sesuatu yang bakal mengubah seluruh hidup ni amat lah sukar. Tiada bahu yang sudi menumpangkan penat lelah aku ini. Penat lelah dalam merealisasikan impian aku sejak azali lagi. Aku perlu kuat mengumpul kesabaran dan kekuatan. Semangat jitu yang tinggi setinggi gunung akan aku timbunkan demi keselesaan hidup dan sedap mata memandang. Doakan aku ya kalian semua. Semoga apa yang aku usahakan, apa yang aku korbankan tidak sia-sia di mamah waktu. InshaAllah panjang umur kita jumpa lagi. Salam kemaafan dari ku bakal jenazah kelak.  

Sunday, 14 July 2013

kawen !

Assalamualaikum uolls..semalam masa teman kak ipar aku pegi juai kuih raya, aku singgah rumah sepupu aku. Almaklum la anak dia suka makan kuih tat nenas, apa lagi mula la dok promote itu, promote ini. Dalam dok sembang punya sembang, terkeluar topik kawen. Bukan apa ni kes anak sedara aku beli kuih tat dua bekas, satu untuk mak dia , satu lagi utk mak mentua katanya, sambil dok senyum meleret (senyum gatai lah).Sepupu aku apa lagi, siap smashh anak dia depan kami lagi. Smash guna kata la bukan guna rekat. Hahaha. 

"Nak kawen pun biar lah menantu mak tu dapat keje tetap dulu. Nie baru tamat belajar, hg pun pulun keje dulu bayar moto tu." bebel sepupu aku kat anak dia. Kami semua gelak sebab anak dia keep saying "dah kak nak kawen, mak tak kasi law tak ada la yang jemput kakak balik keje memalam cenggini".

Umur anak sedara aku tu sebaya dengan aku la, cuma dia belajar sekejap ja.Dia ambik kursus solekan dan dandanan. Lepas tamat belajar kursus tu dia terus keje. Makna kata dia dah keje 3 tahun. Fuhhhh mesti dah banyak gaji dia. Aku ni apa ada. Asyik tengok buku ja. Kata dia, untung mak lang bole belajar tinggi-tinggi, nanti kalau keje tak pyh jd kuli cabok cam dia. Betul jugak dia kata. Semua rezki Allah yang bagi. Tak kira la jadi apa pun , janji semua halal .

Aku tumpang gembira sebab depa dah nak kawen. Aku ni bila la nak kawen jgk. Hehehe. Tempoh belajar ada lagi 3 tahun. Fuhhhh lama tu, maw depa ada 2 3 org anak dah la tu. Anak menakan nak kawen. Sorang lagi sepupu aku, umur sebaya ngn aku jgk nak kawen. Baru ja tamat diploma kat poli jitra , tapi pak cik aku tak kasi lg, katanya biar dapat keje dulu walau bf dia dah ada keje tetap (tentera tuh). Tak sabar aku nk tengok depa dua kawen dulu. 

Seronok pun ada, sedih pun ada. Perasaan bercampur aduk semua dah. Jadi rojak dah. hahaha. Aku pun nak jgk kawen tapi calon pun tak dak lagi.Aceyyy, tak apa Zahrah, fokus belajar dulu lepas tu kawen la yee. Jodoh kita Allah dah tetapkan. Perfoms solah and dua untuk kebahagian hidup dan mendapat zauj yang soleh , yang mampu memimpin kita ke jalan Allah dan menuju syurga Allah. Jum sesama amalkan doa ni.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami.
Ya Allah..
Seringkali kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milik aku,
Jauhkanlah dia dari pandanganli,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah ya Tuhanku,
Berilah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh dari pandangan dan hatiku,
agar aku sentiasa tenang,
walaupun tidak bersamanya.
Ya Allah.. 
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaek buat ku.

Ya Allah..
Dengarlah rintihan drpd hambaMu yang daif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian,
Di dunia mahupun akhirat,
Janganlah menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah.
Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Amin Ya rabbal'aalamin ...


Sebelum nak kata apa-apa , better berfikir lah dulu . Hidup tak berlandaskan agama cam ni la jadinya . Dicaci di maki anak kandungnya sendiri . Astagfirullahalazim , dunia akhir zaman . Semoga cepat berubah . amin . 

Takdir Hidupmu

Assalamualaikum ..

Insan mana yang tak dambakan kasih dan sayang kedua ibu bapa mereka . Tersentuh hati aku bila dia kongsikan kisah hidupnya . Dia kehilangan belaian ibu ketika di usia 4 tahun . Katanya , selepas pemergian ibunya , dia sangat gembira kerana hilang semua leteren dan bebelan ibunya . Tapi setelah sekian lama dan meningkat dewasa , dia menyesal dan merindui kasih seorang ibu . Bersabarlah awk , doakan ibu awk di sana . 

Selepas ibu dia tak da , dia tinggal dengan opahnya .Saban hari aku mendengar rintihan hati nya yang merindui ibunya . Katanya , kalau ibu masih ada mesti semua saudara mara kenal dia .Ayahnya seorang tentera laut . Sibuk dengan kerja dan dia terpaksa menumpang kasih opahnya .

Aku harap dia dapat teruskan perjalanan hidup dia .Masih jauh lagi kembara hidup kita .Semoga di permudahkan segalanya . amin . Jadilah anak yang soleh yang mendoakan ibubapa kat sana . 

Thursday, 9 May 2013

Anak Mak Ayah :)


 > Assalamualaikum <










Kat atas ni gambar anak mak ayah aku , Sepusat sepusing , lain pak , mak asing . hahaha.. Diberi nama Alif Farhan Najmi b. Ahmad Romzi . Umur baru nk masuk 3 tahun , Adik ni sepupu aku .Mak ayah aku ngasuh time parents dy pegi keje , almaklum la anak cikgu . Dari umur 3 bulan , mak aku yang jaga , bagi kasih syg secukupnya supaya dy tak rasa kurang kasih syg la . Parents dy sibuk mengajaq anak org kat sekolah . Mencurah ilmu ,lgpun sistem pendidikan sekarang ni banyak yang bebankan cikgu . Kesian ye anak2 cikgu .Tapi apa pun tanpa cikgu sapa lah kita . Terima kasih cikgu , hargai pengorbanan cikgu kita.



Aku sebenarnya rindu kat si budak comei ni , haha , kadang2 tegelak sorang2 sebab teringat gelagat adik . Ari tu , masa cuti PRU 13 , aku tido ngn dy , tetiba hujan turun lepas tu guruh bunyi kuat . Aku saja la kata kat adik , " adik , kak ti takut lah . peluk kak ti cepat " . Nak tahu apa dy jawab . " kak ti gatai " hahaha.. pas tu terus dy peluk mak . Pandai sungguh la kecik2 kata kat aku . Lawak gila la ,. Lagi satu adik pantang jumpa botoi bedak , kalau jumpa alamat habih la semua . Haha . Gambar kat atas tu di ambik lpas adik tuang semua bedak . yang lawaknya siap berenang lagi . seronok nya la aku tgk adik maen . 



Adik ni sgtlah suka tgk ultramen , hari2 datang rumah nk tgk katun , siap teqeyak2 lg . lpas habih katun , adik pulak jd ultramen . Siap besilat sakan la . Adoiii habih sakit la sapa2 pun dia bedai . Hahaaha .. adik sgt istimewa , dy ni pandai dan cpt faham apa yg kita ckp . Semoga adik jadi anak yang soleh buaT Mak Ayah Mama dan abah ye. amin :) cepat lah besar adik . tak sabar nk tgk adik besar . Sejak kehadiran adik , keluarga aku pun rasa bahagia sgt , tak kering gusi weyh , asyik gelak ja dgn gelagat dy . 
Tersangat syg adik . :)









Tuesday, 7 May 2013

sEmakin Hampir ...


Termenung seorang diri di kala sunyi dan menahan deritanya sakit ini . Ya Allah , kau tabahkan hati aku ni agar tak pernah mengeluh dalam hadapi semua ujian-Mu ini . Aku mohon Ya Allah . Berikan lah aku kesempatan untuk merasa bahagia hidup di dunia ini .Panjangkan usiaku Ya Allah , agar dapat membuat amal ibadat kepadaMu . Sesungguhnya aku banyak dosa dan masih jahil dalam agama . Kurniakanlah aku nur hidayah Mu agar aku tak teraba-raba mencari sinar Mu Ya Allah. Pimpinlah aku ke jalan yang benar . Kurniakan aku sahabat2 yang mampu memberi seribu semangat agar aku kuat utk teruskan hidup . amin .







ALLAAHUMMA INNI AS-ALUKA TA'JILA 'AFIYATIKA AU SHABRAN 'ALAA BALIYATIKA 

AU KHURUUJAN MINAD DUN-YAA ILAA RAHMATIKA YAA ARHAMAR RAHIMIIN.





ERTINYA: Ya Allah , aku mohon kesembuhan drpdMu atas penyakit yg ku deritakan ini. Atau berilah    kesabaran menderita cobaanMu , atau keluar dr dunia ini dengan mendapat rahmatMu . Ya Allah , Tuhan yg Maha Pengasih. 





Jika ini takdirMu , aku redha Ya Allah . Tapi berikan aku sedikit lagi kesempatan untuk berbakti kepada kedua org tua ku dan kepada diri aku . Aku belum lagi memperjuangkan islam . Panjanglah umurku dan sembuhkan lah penyakit aku ini . Sesungguhnya sakit itu kafarah dosa .Ada kebaikkan di sebalik kesulitan ini.Sesungguhnya Engkau lah perancang yang terbaek . Selagi nyawa di kandung badan , selagi itu masih ada sinar kebahagiaan untuk aku . Senyum lah wahai diri agar mak ayah ,keluarga dan kwn2 tak kan pnh merasa derita yang kau tanggung . 


Kaka kawannnn

assalamualaikum ,,








Sapa tak kenal si gadis ayu di atas ni . Kecik molek , apa2 pun tetap comeii.. Kat mana la gems nya , aku pun tak tahu la . Aku kagum ngn kawan aku nieh . Apa sebabnya nk tahu dak ?? Dia ni sangat lah manja dan periang . Tak penah aku tgk dia masam mencuka weyh . Apa yg dia pakai semua nampak lawa . Mesti ramai yang terpikat . Walau umur dia dah masuk 21 tapi cara dan perangai dia macam tak masuk umur tuh . hahahaha .. Maaf yee jue .



Nama dia JUMIATI . Asal dari  SABAH . Jauh wey dia datang menuntut ilmu . Aku tersangat lah bersyukur sbb ada kwn yg mcm dia. Happy ja selalu . Gelak ja keje dia. Kecoh satu kuliah kalau dia bahan org . Tak kering gusi la melepak ngn dia nie .Gambar kat atas ni aku ambik lam fb dia, hahaha.Dalam hanfon aku banyak sgt gambar dia .Sampai full memory aku , hahaha.. Semoga ikatan persahabatan ni kekal selamanya .Tersentuh hati aku , bila dia mcg dan tanya khabar aku . Dan yg paling penting doakan aku cepat sembuh . Thanks a lot jue . Susah nk cari kawan yg mcm dia . Caring sgt2. Aku hargai jue.



Senyumannya ibarat mentari yang menyinar hidup aku yang smakin pudar . Terima kasih Allah sebab bg peluang aku kenal kawan seperti dia . Ukhuwah fillah . Amin . 

Monday, 6 May 2013

TAKBIR . ALLAHUAKBAR !

Assalamualaikum .....


Selesai sudah pilihanraya ke 13 ni . Sayang seribu kali sayang sebab aku masih tak cukup umur nak mengundi . Lagi 2 bulan ja , kalau tak dh menang semua kerusi . Aceyyyy . kemaih gila ckp . hahaha.Walaupun terkilan sebab negeri aku dah di rampas oleh BN . Maksudnya bukan di bawah pimpinan PAS lg . Siapa pun MB , aku tak kisah , janji dy jalankan tanggungjawab dan pemerintahan dengan telus dan jujur . Bukan asyik nk buat hutang ja . hehehe .Bukan apa kesian dekat MB akan datang .




Bukan nk kata la , selama 5tahun PAS pegang negeri aku , keje depa asyik bayar hutang BN tinggai . Lepas tu rakyat negeri ni pun bising la .Katanya apa pun tak dapat .Bukan sikit cek oii , banyak sgt hutang tuh  . Apa-apa pun tahniah dan jutaan terima kasih buat Kerajaan PR negeri kedah (2008-2013) kerana telah berjaya membina kampus tetap KUIN dan membayar semua hutang BN  yg mencecah 2 billion . Tahniah jgk kerana telah menurunkan cukai tanah dan jdikan negeri kita sbg hub pertanian .
Tahniah jugak kepada BN kerana berjaya menjadi pemerintah di Malaysia. Tahniah kpd Datuk Najib sebagai PM Malaysia . Hope sangat PM kita memerintah dgn adil dan telus agar negara kita terus aman .




Semua rakyat jelata sedih sbb dh tukar pucuk pimpinan di negeri aku . Termasuk lah org2 kg aku ni . Apa boleh buat , diaorang semua kelompok besar dan dah lama menjadi kerajaan . Walau apa pun , Adun dan parlimen kawasan aku masih di monopoli oleh Pas dan PKR . Alhamdulillah . Banyak isu timbul , katanya blackout lah masa kiraan undi . Hope tak dak keje kotor lah ye wahai BN . Kalau nk menang pun biarlah menang bermaruah . Perjuangan kami belum berakhir lagi . Apa2 pun tahniah BN .




Bersyukur aku bila tgk anak2 muda dah mula bukak mata . Nampaknya bertambah lah penyokong pembangkang . Tengok di markas2 Pembangkang , penuh dgn anak muda yang berjiwa dan berjuang . Sanggup membuat pelbagai replika dan memberi sokongan kepada calon-calon . Alhamdulillah . Sekali lagi kita mampu tawan putrajaya . InshaAllah . Takbir !!  Semoga lebih ramai lg yang akan menyokong . Semoga Allah memanjangkan usia Tok Guru Nik Aziz dan semua pejuang2 laen . Amin . Jangan lupa berdoa semoga kejayaan yang mendatang atas redha Allah SWT . Sesungguhnya Allah adalah perancang yang terbaek , Bila tiba masanya . Jadilah . Renung-renungkan apa yang baek dan apa yang tak baek , jgn jadi seperti lalang sgt.Ikut ja apa yang Depa tu kata . Ada otak ada akai , jd pikir dan jd org terpakai .



#mesti ada yang tak puas hati bila baca post aku ni. Mohon maaf ya . Mesti ada yang akan kata , kita tak bole terima kekalahan . Apa pun hampa nak kata , tu hak hampa . Kami semua terima semua nya . Allah ada  dengan kami :)  sekian ....








TERBAEK !!

Assalamualaikum ..

Bermulah lah hari yg sgt lah membosankan bila hujung minggu aku ada program yg wajib kena p . Nie program 7 Pillars aku , al maklum la bila dh jd mahasiswa ni kena la cukupkan ketujuh-tujuh program ni . Kalau tak tak grade la aku .. hehe .. Berat gila nk bangun dari katil seawal pagi weyh . Selalunya aku balik kg , maklum la rumah dekat dgn u . Terasa rindu kg la pulak , sob sob . Walaupun banyak dugaan dan hasutan , aku berjaya jgk habiskan slot2 program tu . Alhamdulillah :)




Program ni terbahagi kpd 2 slot ceramah dan 5 slot LDK . LDK tu latihan dalam kumpulan . Masa slot pertama , semua nampak mcm okay la jgk sbb slot2 ceramah ni menyentuh soal POLITIK . Ramai la jgk yg tido, ada jgk yg dgr mp3(tambah-tambah bdk sebelah aku.heeee.) dan ada jgk yg khusyuk mendengar . Lepas habis 2 slot ceramah , kami dipecahkan kpd group kecik-kecik.Terpecah la geng aku , mujur la dlm group aku ada jgk bdk kos aku .(thanks to yah dan syaza) . Best jgk campur2 kos ni , bole la kenal-kenal . 




Bagi pandangan aku la, program ni sgt bagus tapi cara pengisian ceramah tu yang mcm tak berapa bagus.Banyak macam nk burukkan pembangkang ja.Apa kata kalau laen kali buat la program ni kat tempat laen ka, buat aktiviti lasak ka.baru mencabar. ni tak , sembang bab politik . Memang serabut habih la otak siswa siswi ni .Kepala aku pun naek pening jgk . Mula-mula pasal pendidikan percuma la , lpas tu pasal isu kematangan intelektual la , sentuh bab harga minyak , tol , bangkitkan isu politik dan ada la jgk mcm nk salahkan 100% kpd pembangkang means PAS,DAP dan PKR lah .





Kita sebagai org yang terpelajar , boleh dah tahu apa yg betul dan apa yang salah . Buka mata , celik minda kita wahai anak muda . Perjuangkan yang benar . Dunia sekarang ni banyak sangat rasuah dan sumpah merata-rata .Ada yg sanggup mengiakan yang salah . Dunia akhir zaman la katakan . Semua jadi buta hati perut lepaih dapat duit . Astagfirullahalazimm.. Apa yang baek dari program ni kita ambik yang buruk buat kain buruk ja .. sekian ... Maaf andai terkasar ..



Sunday, 14 April 2013

F.A.H.A.M

Assalamualikum....


Sapa lah yang tak ingin mencintai dan di cintai di dunia ini . Bila hati dah suka , boleh buat hidup kita gila.hehehe..Apa yang aku merepek ni pun aku tak tahu la. Tapi ini lah realitinya  "CINTA AKU SUCI , SETULUS HATI SELUHUR KASIH" . Aceyyy .. dh macam ayat novel ja . Nie mungkin sebab aku dh bnyak habiskan cuti mid sem aku dengan baca novel .Boleh di katakan makan novel, tido novel, mandi novel  dan yang pling best shopping pon novel . Hahaha . Bagi peminat novel pasti tahu mcm mana rasa kalau  selalu asyik bernovel . Bila kita faham apa jalan cerita novel tu , kita akan terus baca dan baca . Walaupun kadang-kadang ending cerita tu tak sama dengan apa kita harapkan .



Dalam kita berkawan dan mengenali seseorang tu , mestilah kita akan rasa sesuatu , maksudnya perasaan . Tapi kita masih tak pasti apa sebenarnya yang kita rasa .Indah ! Indah! indah ! dan indahnya la dunia ni . Tapi lagi best kalau kita sesama belajar dan berjaya di samping mengenali dengan lebih rapat lagi.Tapi awas ya , Jangan sampai menaruh harapan yang sangat tinggi , takut diri kita yang kecewa . hehehe . Berdoalah agar dia jodoh kita yang terbaik . Mungkin dia tak nak lagi menjanjikan apa-apa hubungan sebab kita masih belajar , mana tahu nanti kalau dia dh ada kerjaya , dia sendiri yang akan meluahkan perasaannya(Harapan sajalah ) . hahahaha . Akan ku nantikan kamu dan  Biarku sentuh hatimu wahai *****N . Semoga kita berhubung selamanya . Amin . 




Dah banyak yamg aku melalut kat atas , ada yang betul dan ada yang tak betul . Hahaha . Yang penting jangan asyik sgt BERCINTA sampai lupa nk belajar . Ingat amanah mak ayah kita . Belajar sampai berjaya ye . Lagi cun kalau berjaya dalam kedua-duanya sekali . Berjaya dalam belajar dan berjaya dalam bercinta. Ermmm , lagi cun kalau kita dekatkan diri kat Allah maksudnya berdoa dan berdoa . ..




>Maaf andai tersalah kata dan terkasar bahasa<







BUAH ZURIAT@ BUAH ADAM HAWA


Assalamualaikum ... 

Siapa yang tak inginkan cahaya mata dalam melengkapi cinta antara suami dan isteri . Setiap pasangan yang dh berkahwin inginkan anak tapi sesetengah pasangan susah untuk mendapatkan anak walaupun dh mencuba pelbagai cara sama ada cara moden atau tradisional .
Buah zuriat atau buah adam hawa boleh membantu mendapatkan anak , InshaAllah . Buah ni terdapat di Mekah . Dalam berusaha kita perlukan doa. Berdoalah agar di kurniakan cahaya mata . Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.



Sebenarnya aku baru tahu wujudnya buah zuriat ni . Ni pun sebab sepupu aku yang cerita dan dia juga guna alternatif ni untuk dapatkan anak . Hanya minum air rebusan buah ini bersama suaminya , Alhamdulillah sekarang dia dah di sahkan hamil . Terpancar keriangan kat muka dia . Aku pun tumpang happy kat dia .







Buah zuriat @ buah adam hawa






Mudah saja nak rebus buah nie , just belah ja , aku sarankan gunakan kapak , sebab kulit buah ni sangatlah keras . Lepas tu , rebus ja dalam periuk dan minum air rebusan itu . InshaAllah , berjaya  :) 


Jangan risau sekarang kita boleh dapatkan buah zuriat dengan mudah . Untuk info yang lebih lanjut boleh lah klik   http://rumpunyakasihharmoninyasayang.blogspot.com/ . InshaAllah ada jawapannya . Semoga ini dapat membantu kepada mereka yang buntu untuk mendapatkan cahaya mata . Semoga Allah memakbulkan doa dan usaha kita semua . Amin :)




Friday, 12 April 2013

RINDUKAN MEREKA ..


Assalamualaikum ..



Nak lelapkan mata pun susah sejak dua menjak ni .Entah la apa yang aku pikirkan , tetiba saja terimbau nostalgia menjadi student matrik dulu . Walaupun dh setahun aku tinggalkan matrik , tapi kenangan kat matrik masih segar di ingatan . P mana la semua kawan-kawan matrik aku ? haha .. ramai dh yang lost contact , just yang rapat-rapat ja masih lagi berhubung . Think positive ye , mungkin semua tengah sibuk dengan assignment dan study , maklumlah kan alam universiti tak sama dengan alam di pra-u . Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing .



Tetiba ja wajah-wajah classmate aku muncul dalam ingatan aku. Tegelak sorang2 la aku ni haa..Rindu telatah dan lawak nakal mereka . Walaupun tengah belajar tapi tetap ada jenakanya, tapi belajar tetap belajar. Rasa macam happening gila la kn , semua macam gila-gila cam tuh. Belajar pon tak stress sgt .Ramai org kata masuk matrik susah la apa la,, tapi sebenarnya sama ja mana pun . Yang paling penting macam mana kita nk sesuaikan diri dengan tempat tu .





...nie masa hari last kuliah kimia sem 1  sebelum study week...




Time semester dua , aku tak dak sekeping pun gambar dengan classmate sebab kitaorang tak rapat sangat . Dah macam musuh ja dalam kelas . Nak tegelak pun ada jgk la. Semua buat hal masing-masing .Tapi yang pastinya mereka adalah golongan skema **opss tak sengaja terlepas cakap**  Tak rugi pun kalau skema kan ? janji kita berjaya tapi jangan la sampai semua benda nk skema . Bosan la hidup kan ?? 



Aku sebenarnya geng x-pdt ( maktrik 2 tahun la ) . sebab aku ni kurang pandai kot . Tapi sekurang-kurangnya aku masuk jugak matrik . Tak sangka aku wey . Alhamdulillah , kalau tak aku hari-hari kena merempit pegi sekolah la , al maklum la masuk form 6 . Masa aku pdt , itulah masa honeymoon aku wey . Belajar relax gilak la . P kelas macam main-main ja , akibatnya sampai nak perisa akhir sem aku macam stress lah jugak tapi alhamdulillah dapat sambung PST jgk . 



Geng aku memang geng habih baek la , kami satu kepala . Happy gilak ngn depa semua walaupun kami laen-laen negeri . Kami tetap bersama . Tapi yang paling aku rapat cuma miza , nini , wawa dan ada lagi la dua tiga orang tapi yang paling special Aimz lah ataupun nama glamour dia PIHPAH . **kalau pah baca mesti dia marah , ampun pah **  Segala masalah aku cerita kat dia . Thanks ye sebab sudi bagi nasihat kat aku wey . Aku terima seadanya dan aku cuba berubah . Tapi la ni aku ngn dia jauh sebab pipah kat USM aku kat perlis ja . Rezeki aku kat perlis mungkin . Walau jauh kami tetap tanya khabar masing2 lg dan masih berkongsi suka duka kami.




                                                                                                                                                                                     

 >Nielah sahabat baek aku <
...sayang kau weyh ...

                                   




...  lab kimia tapi sempat lg bergambar ...






















Syukur alhamdulillah sebab aku bole lagi jumpa kawan matrik kat u ni . Depa banyak tolong aku dan teman aku . Thanks ye Ac, mirah dan mek na . Kalau tak dak hampa aku tak tahu la apa nak jadi kat aku . Aku hargai hampa sbg kawan aku . Terima kasih Ac ! Terima kasih Mirah ! Aku sayang hampa dua . La ni susah nak jumpa ac dan mirah sebab kami tak sama kos . Jumpa kadang-kadang ja . Moment paling best masa Ac bawak aku makan angin kat kuala perlis smbil tenangkan fikiran . Thanks ac sbb bnyak bagi semangat kat aku . Aku sayang Ac ! Aku sayang Mirah .





>AC DAN MIRAH <







Walaupun dah lama semua ni tapi masih segar dalam ingatan aku ni haa. Sekali kenal selamanya kawan . Semoga kita semua berjaya dalam hidup masing - masing .Amin :)



Kalau nak cerita lebih lanjut tentang PDT life boleh  baca kat entri ni 

~SEKIAN ~



TIGA SAHABAT :)






>FRIENDS 4 EVER<


Kehidupan aku kat U di temani mereka-mereka ni lah . Tak tahulah kalau tak dak dua orang nie , si ain dan si mira natasha . Ceria gilos kami bertiga . Yang lawaknya kami ni selalu ja gelak , kongsi cerita sesama tapi cara kami memang tak sama . Si ain ni punya mata yang sangat sangat sangat lawa . Mata ain sangat tajam , benda apa yg senget menget semua dia nampak . Si Mira ni pulak lagi lah lawak , bila jumpa lelaki terus jadi sejuk habis semua tangan dy . hahaha . Kami ni susah nk terasa mungkin tapi kalau terasa ohh no0  meletup lah boom . haha .. Apa-apa pon , aku suka kawan dgn mereka ini . Sebabnya mereka adalah kawan yang terbaek . Hope kita kekal sahabat selamanya . Masa cuti ni lah aku rindu hampa dua weyh . Tak sabar nk jumpa hampa . Jumpa hampa kat u noh , banyak story nk story-story nie .. heee..Susah senang kita tempuhi bersama . Semoga kita mendapat 4 flat ye . amin :)





         ~Maafkan salah silap aku dalam mencoret cerita ini ~Sekadar perkongsian dan pengajaran~










Shopping ! shopping ! shopping !


Petang tadi sedang asyik aku tengok tv , abg aku ajak pegi popular . Nak habiskan aku punya baucer buku .  Ada RM 150 ja sebab aku dah guna RM100 beli buku rujukan 'Electronic Devices' . Punya la penat pilih buku , lenguh kaki-kaki ni haaa . Sebenarnya aku tak tahu nak beli buku apa dah . Dok nampak novel ja semua .Mujur la ada syarat nya , 20 % ja buleh beli alat tulis . Owh lagi gelap lah otak aku dok pikir nak beli apa . Makna kata aku ada RM30 ja nk beli alat tulis . Tekuburlah angan-angan aku nk beli kalkulator baru . Nampaknya kena setia kat kalkulator lama lah . Haha . Padan muka aku kan . Masa nk bayar tu , mak oii panjang nya line . Kena beratur panjang la pulak . Mujurlah ada adik aku setia teman aku , tak lah boring sangat . Lepas keluar popular , adik aku ajak pegi beli tudung . Melayang RM20 hari ini ,beli tudung punya pasal . Biasalah kan perempuan , kalau nampak tudung cantik-cantik takkan lepas punya tambah kalau murah-murah .







Nie lah novel baru ku :)
Entah best ke tak
just ambik ja tadi .




~Maafkan salah silap aku dalam mencoret cerita ini ~Sekadar perkongsian dan pengajaran~




Wednesday, 10 April 2013

KEMBALILAH SAYANG

Indah sungguh hidup jika penuh dengan cinta . Yang pertama cinta kepada Allah . Cinta yang akan dibalas cinta . Seperti itu juga cinta kepada Rasul dan kepada kedua ibu bapa kita . Fitrah manusia kita ingin di cintai dan mencintai , tetapi bagaimana kita hendak mendamaikan hati sejajar dengan agama dan kehidupan kita agar tidak bergelumang dengan noda dan dosa .  
Sepandai mana pun kita , kita tetap hamba Allah yang kerdil . Selagi mampu berfikir , berfikirlah dengan waras supaya tidak melakukan perkara yang semata-mata untuk memuaskan nafsu . Jangan kerana cinta kita mengorbankan maruah diri , jangan kerana janji-janji manis lelaki yang belum lagi halal bagi kita mempergunakan kita wahai kaum hawa sekalian . 
Aku kongsikan cerita teman baikku sendiri telah jatuh ke jalan hitam . Tiada niatku untuk membuka aibnya , tetapi sekadar nasihat kepada diri sendiri dan kalian semua . Setelah terlanjur , dia kembali berkongsi masalah yang di hadapinya. Ya Allah dugaan besar lagi untuk aku . Apa aku harus buat agar dapat membimbing dia kembali kepadaMu . Hari-hari aku akan jumpa dan nasihatkan dia, kalau sibuk dengan kelas dan assignment , aku akan col atau mcg saja . Aku ingin dia kembali seperti sediakala. Dosa tetap dosa tapi dia perlukan aku untuk menyokongnya untuk berubah .
Bila di Tanya kenapa buat mcm tu? Katanya kerana cinta dan sayangkan insane yang bernama lelaki itu . Ya Allah , sayunya aku dengar , walaupun lelaki itu langsung tidak pedulikannya  lagi . Bersabarlah wahai kawan , ini dugaan dan ujian Allah kepadamu . Semoga kau tabah dan kuat .
Bertaubatlah wahai kawan kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita .








~Maafkan salah silap aku dalam mencoret cerita ini ~Sekadar perkongsian dan pengajaran~















DOA . USAHA . TAWAKAL .


Aku jalani kehidupan di universiti seperti sedia kala di samping semua sahabat-sahabat ku walaupun pada hujung bulan 10/2012 aku di sahkan menghidap kanser yang mampu membunuh . Hampir semua pesakit yang menghidap kanser ini tidak lama hayatnya.Tapi aku tetap bangun dan meneruskan pengajian demi keluargaku.Pada awalnya aku sedih dan tak terima hakikat ini tapi setelah aku mendapat kekuatan dari yang Maha Esa aku kembali kuat . Allah menguji aku kerana sayang padaku . keluarga dan kawan rapat aku selalu memberi  nasihat dan sokongan agar aku kuat dan tabah .

Pada mulanya , aku dapat rasakan kesedihan dan keresahan di wajah ayah dan ibuku yang selalu memikirkan kesihatan aku namun , mereka menyembunyikan kesedihan itu. Aku masih ingat kata-kata ibuku “selagi ada masa selagi tu kita berusaha berubat penyakit ni . setiap racun ada penawarnya anak” . Ya Allah tabahnya hati ibu ku ., cekalnya hati ayahku . Aku sangat merindui arwah kakakku .Al-fatihah buatnya . Cukup lah derita keluargaku setelah kehilangan kakakku . Aku tak mahu mereka merasa kehilangan aku seperti dulu .

Setiap minggu aku pulang ke kampung untuk berubat dan tambah ubat . Sampai kadang-kadang aku tidak mesra dengan kawan-kawan aku .
Dalam menanggung kesakitan ini aku tetap belajar walaupun kadang-kadang aku terpaksa skip kelas . Sukar sungguh kehidupan aku di kolej kediaman sebab nak cari makanan yang aku boleh makan . Kalau salah makan alamatnya berbungkus di atas katil la aku . Setiap hari ayah akan col aku , Tanya macammana kak ti hari ini ? kadang-kadang , walaupun tengah tahan sakit . aku pura-pura okay . Aku tak nak buat ayah dan ibu susah hati di rumah .

Hampir tiga bulan aku hidup dengan ubat dan air mata , akhirnya aku menemui satu produk yang mampu membunuh sel kanser .Aku mencubanya , dengan berkat doa dan usaha ini , aku beransur sembuh . Walaupun produk itu tersangat mahal .

Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kesempatan  untuk aku terus bersujud kepada-Nya . Aku ingin kembalikan senyuman di wajah ayah dan ibu serta keluarga .Mohon doa kalian agar aku terus kuat dan tabah hadapi segala ujian Allah .  

“WALAU SEBESAR MANAPUN UJIAN DARI ALLAH , TERUSLAH BERDOA DAN BERUSAHA MENYELESAIKANNYA . INSHAALLAH ,ADA JALANNYA”



~DOA SENJATA ORG MUKMIN~


Tuesday, 9 April 2013

DOA MEMUSNAHKAN SEL KANSER

  InshaAllah , berusahalah , Allah sentiasa mendengar rintihan kita  :)



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya
 

lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain 

membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 

2. Salawat Nabi 10x. 

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. 

Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. 

InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. 

Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana 

menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan 

sel KANSER..InshaAllah sembuh :D (http://www.facebook.com/SariAgegardPakarBunuhKanser)

Drop Your Link Here!

Sambutlah Cinta Tuhan Yang Sentiasa Dicurahkan Pada HambaNya