Wednesday, 10 April 2013

KEMBALILAH SAYANG

Indah sungguh hidup jika penuh dengan cinta . Yang pertama cinta kepada Allah . Cinta yang akan dibalas cinta . Seperti itu juga cinta kepada Rasul dan kepada kedua ibu bapa kita . Fitrah manusia kita ingin di cintai dan mencintai , tetapi bagaimana kita hendak mendamaikan hati sejajar dengan agama dan kehidupan kita agar tidak bergelumang dengan noda dan dosa .  
Sepandai mana pun kita , kita tetap hamba Allah yang kerdil . Selagi mampu berfikir , berfikirlah dengan waras supaya tidak melakukan perkara yang semata-mata untuk memuaskan nafsu . Jangan kerana cinta kita mengorbankan maruah diri , jangan kerana janji-janji manis lelaki yang belum lagi halal bagi kita mempergunakan kita wahai kaum hawa sekalian . 
Aku kongsikan cerita teman baikku sendiri telah jatuh ke jalan hitam . Tiada niatku untuk membuka aibnya , tetapi sekadar nasihat kepada diri sendiri dan kalian semua . Setelah terlanjur , dia kembali berkongsi masalah yang di hadapinya. Ya Allah dugaan besar lagi untuk aku . Apa aku harus buat agar dapat membimbing dia kembali kepadaMu . Hari-hari aku akan jumpa dan nasihatkan dia, kalau sibuk dengan kelas dan assignment , aku akan col atau mcg saja . Aku ingin dia kembali seperti sediakala. Dosa tetap dosa tapi dia perlukan aku untuk menyokongnya untuk berubah .
Bila di Tanya kenapa buat mcm tu? Katanya kerana cinta dan sayangkan insane yang bernama lelaki itu . Ya Allah , sayunya aku dengar , walaupun lelaki itu langsung tidak pedulikannya  lagi . Bersabarlah wahai kawan , ini dugaan dan ujian Allah kepadamu . Semoga kau tabah dan kuat .
Bertaubatlah wahai kawan kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita .








~Maafkan salah silap aku dalam mencoret cerita ini ~Sekadar perkongsian dan pengajaran~















No comments:

Drop Your Link Here!

Sambutlah Cinta Tuhan Yang Sentiasa Dicurahkan Pada HambaNya