Wednesday 10 December 2014

"Berani untuk MALAS, maka jangan takut untuk HIDUP SUSAH"
Bila baca ja ayat ni terus rasa sentap dia sampai ke tulang sumsum. Ni la aku yang sekarang, malas nk study , tp takut nak hidup susah pada masa depan. OHH aku gagahi jgk la study ni. paksa diri sekurang-kurangnya nnti tak menyesal di kemudian hari. Kena usaha dlu, doa lepas tu tawakal. Semoga apa yg di usahakan membuahkan hasil , amin.


Dekat-dekat nak final ni, banyak pulak asignment yang dapat, Tp alhamdulillah la, next week last untuk smua asignment2 ni. Penat jgk lah, klau jenisnya dekat2 nak final semua benda nk kena buat. Masa awal2 sem rilek ja, lepas mid sem break ja semua jadi kelam kabut. hehehe. Nak kata tak cukup masa nak study tu memanglah. Banyak sgt masa yang terbuang. Study 30 minit, scroll Twiter la, fb la, insta la. nak whatsup lg la. semua nak buat dalam satu masa, mesti lah jem otak kan. HAHAHAHA. ni la orang bajet2 bijak.


Teringin nak jd org bijak pandai yang tak payah study banyak. study skit dah boleh tangkap, ni jenisnya kena study 10 juta kali baru la bole . Kalau tak study mmg pakai tak jawab final la., Sem ni macam teruk sikit sbb repeat paper. Repeat bukan sbb failed, tapi sebab nak dapat lg baik . Semoga aku tabah untuk study lebih kuat . SEMANGAT ! MAN JADDA WA JADA .



Wednesday 9 April 2014

Kau bintang di langit dan aku cuma batu karang di lautan ....

google image





Ohh bintang yang sentiasa berkelipan di dada langit
yang jauh dari gapaian insan kerdil seperti mana aku
ibarat batu karang di lautan
yang jauh di dasar lautan yang luas



Ohh bintang yang bersinar
bersama dengan kilauan bulan dan mentari
kau punya teman seperti cahaya bulan
cantik di pandang



bertuahnya si bulan yang senantiasa di pagari bintang
manakala aku hanya di dasar laut 
di temani ribuan ikan 



Pedihnya hati ini
dikala aku melihat bintang pujaan ku ini
bersama yang lain



ohh pedihnya bukan kepalang
aku menangis menambah kuantiti air laut biru
tenang sahaja 
ombak memukul pantai
menandakan aku batu karang yang sedang terluka



menangis sehinggalah aku sedar 
aku hanyalah batu karang yang bisa menyakitkan org 
sungguh indah di pandang tapi merbahaya di sentuh



aku sedar sekian lama 
aku memperhatikan bintang tanpa aku mampu menggapai
cita-citaku ingin menggapai bintang
ingin ku sentuh dan inginku berlari bersama 
mengejar mimpi indah 
mimpi yang aku impikan 



Aku masih bermimpi
berkhayal memerhati bintang yang nun jauh di dada langit 
setiap kali mendongak ke langit 
aku harap kau masih berkelipan 



Jika aku punya pilihan 
akan aku luahkan segalanya
akan aku lamar kamu si bintang 
akan aku petik kamu dari dada langit 
akan aku jaga kamu seperti mana aku menjaga diri ku sendiri


aku jadi takut
aku jadi tidak keruan 
pabila aku tahu kau dalam kesusahan 
yes! aku ingin jadi penyelamat kamu wahai bintang 
akan aku tolong semampu aku 


aku inginkan senyuman yang sentiasa terukir 
biarpun pada hakikatnya
kau saling tak tumpah seperti buah kopi 
buah kopi yang sentiasa menyuntik semangat 
tak kala org2 kg letih bekerja


Kau tetap ibarat bintang yang sentiasa menyerikan waktu malam yang suram
Terang kerdipanmu membawa kegembiraan buat insan seperti ku 
Yang sentiasa memuja mu bintang 



Aku sedar akan kelemahan aku 
Banyak yang aku perlu ubah 
Aku perlu berubah 



Kadang-kadang aku bermimpi 
Kita mampu berborak dan menegur sapa
walaupun jarak antara kita jauh 
Kau sentiasa hadir dalam mimpi-mimpi indah ku 



Walaupun sejauh mana kau diam 
walaupun sejauh mana kau cuba larikan diri daripada ku 
Aku akan terus mengejar kamu bintang 
Aku akan terus mengejar bayanganmu 
walaupun semua ini hanyalah mimpi 
Aku rela tidur sepanjang hari 
demi mengejar bayanganmu
Aku takkan letih mengejarmu



Akan ku panah kamu bersama doa-doa 
Akan ku berdoa agar Allah mendekatkan kita



Andai bukan jodoh kita bersama
Andai kita tidak di takdirkan untuk saling memiliki
Pasti terselit hikmah di sebalik apa yang terjadi
Aku redha
Dan doaku agar
dirimu bahagia...
Bahagia bersama pilihan hati





                                                                                             



Ampun maaf andai coretan ini mengguris hati sesiapa.. Hasil nukilan ini sekadar luahan perasaan . Tiada kaitan dengan sesiapa .






Thursday 3 April 2014

Luah rasa :)

Assalamualaikum 

Lama tak jenguk sini, bukan sebab kekangan masa tapi sebab tak taw nak luah apa kat sini,, Hahahaha.. Sepatutnya banyak benda aku nk luah kat sini tapi oleh kerana internet tak dak dan aku jarang buka blog ni  dan aku rasa mcm tak selamat ja nak luah kat sini..kihkihkih..

Sebenarnya, la ni hati aku ni tengah rabak. Aku ni yang kononya jiwa kental ni sebenarnya mudah sangat nak terasa ka nak menangis ka nak meroyan ka dan aku jugak seorang perempuan yang miliki hati yang lemah lembut. Lumrah alam , Allah jadikan manusia pasang-berpasangan dan dah jadi fitrah manusia untuk jatuh hati jatuh cinta. Kadang-kadang cinta datang tanpa di duga. Cinta hadir tanpa di sapa. Siapalah kita untuk menolak segalanya tetapi kita perlu mengawal dengan iman yg ada pada hati kita. Berdoa semampu bole agar orang yang kita suka tu jadi zauj kita , In shaa Allah..

Kadang-kadang ada yang menyindir kelemahan diri aku,, Ye aku mmg gemuk, aku memang tak cantik tapi bukan aku mintak di lahirkan macam ni,. Aku bersyukur sebab di lahirkan tanpa cacat anggota badan.Aku bersyukur sebab masih di beri kesempatan bernafas di atas bumi Allah ini. Kadang-kadang aku senyum saja bila ada yang menyindir. Mungkin depa tak sengaja. Bagi yg sengaja tu aku dah maafkan hampa semua. Kalau tak taw kisah sebenar tak payah nk kata apa.Cuba mai dok kat tempat aku , boleh ka hampa hadapi ni ha.. Dugaan ayat makan dalam dari mulut-mulut semua orang. Beruntung aku sebab ada kawan yang cantik-cantik,sekurang-kurangnya depa paling cantik dari aku..Dan yang paling penting, depa paling baik..maw jugak depa nak kawan ngn aku ni,, Aku tgh diet sebab aku pun nak rasa hidup macam orang lain jugak.. wish me luck yeee semua .

Dah banyak sangat aku luah kat sini, ampun maaf ye kalau ada salah silap dan kalau ada salah sila beri tunjuk ajar.

Drop Your Link Here!

Sambutlah Cinta Tuhan Yang Sentiasa Dicurahkan Pada HambaNya