Tuesday 24 March 2015

Bila Melibatkan Hati

Assalamualaikum dan selamat pagi , Ehh masih pagi kah sekarang ini. Awalnya hari ni datang library semata-mata nak download movie tapi hampeh punya library, limit quota untuk download. So, tak dak kije marilah kita melayan perasaan sementara tunggu bebudak group ETP ni.
Sem ni macam-macam dugaan kena tempuh, ohh aku tak kuat dan tak setabah dulu. Azam sem ni nak lupa semua soal hati tapi tetiba ja dugaan baru menimpa.


Siapa yang tak pernah terluka dgn cinta? Sakit dia hanya org yg pernah rasa ja taw. Ohh sakitnya tuh disini di dalam hati. Tak kisah lah saling mencintai ka, mencintai dalam diam ka, sama ja sakit kalau dh break ataupun si dia tu sudah punya orang lain. Stress rasa. Lagi nak buang rasa suka, rasa sayang tu lagi kuat bayangan orang tu. Ohh please get out from my mind! Nak benci tapi tak dak point nak benci sebab sayang. Rasa semua perfect lebih dari perfect 10.

Bila member bagi nasihat dan semangat, dorang selalu bagi ayat ni. Dah sejuta kali aku dengar."Move on weyh, Dia tu dh ada orang lain. aku kenal dia lama dah, mungkin da lagi terbaik untuk hg"  Ayat ni selalu aku dengar. Tapi aku tetap tak boleh move on. Susah kalau berkait dengan hati.


Aku lebih suka dengar nasihat dan pendapat sorang membe ni, dia punya ayat meresap sampai tulang rusuk. " Besar dugaan ni, Allah takkan duga kita jika kita tak mampu nak hadapi, so Ah mesti boleh. Slow2 lupa dan buang semua rasa tu, Time will heal everything. Jangan layan sgt perasaan tu. Kami ada untuk Ah. Yang penting jangan pernah lupa Dia krn dia, Mungkin Ah dh lalai dengan perasaan tu sbb tu Allah tarik balik org yang Ah sayang "  zappppppp kena kat hati ini, Ada betul jgk semua dia kata. Thanks kawan yang sudi dengar dan pimpin tangan ni semula ke pangkal jalan.


Hari-hari terkenang semua kenangan yang ada. Syukur sebab ada kenangan untuk di kenang dari tak dak kenangan. Rasa nak tido sepanjang masa sebab malas ingat, tapi saat tido, dia menjelma dalam mimpi. Dah 7 minggu berlalu tapi tetap terkesan di hati ini lagi. Mudah ja orang kata move on tapi aku ambik masa bertahun-tahun nak move on. So, ayuhlah kita move on! sadokan hati ini. Semoga di permudahkan.


Kalau kes kena hadap muka hari-hari tu lagi lah kena tabah ye. Buat ja macam tak pernah wujud. Delete semua yang berkaitan dengan orang tu. Jangan pernah stalk apa kehidupan dia skarang okay. Kalau terpaksa berurusan sekali atau satu team mate, mohon jadi profesional. Deal dgn hati betul2. Kita ni orang terpelajar dan mesti pandai jgk manage hati kita kan , hehehehe


Last sekali, kalau rasa tak tahan sangat, menangis lah sepuasnya, Kalau rindu menangislah , mengadu kat Allah. Semoga kebih tenang lepas tu. Jangan paksa sangat nak lupa dan benci dia. Sebab tak kemana pun kalau buat mcm tu. lagi sakit ada la. hehehe. Banyakkan duduk berborak dengan membe dan ketawa. Try buat benda yang meng HAPPY kan diri. Dan jangan lupa bagi peluang kat diri untuk happy. Buka hati untuk orang lain sama. Mungkin yang akan datang lebih baik dan jodoh yang di hantar Allah. Semoga lebih matang dalam mengendalikan hati ini. dan semoga sem ni aku leboh tabah dan capai target. Sama-samalah kita berdoa untuk kebaikkan semoga.


"Allah menghapuskan apa jua yang di kehendakiNya dan Dia jua menetapkan apa jua yang di kehendakiNya. Dan ingtlah pada sisiNya "Ibu segala suratan"

Wednesday 10 December 2014

"Berani untuk MALAS, maka jangan takut untuk HIDUP SUSAH"
Bila baca ja ayat ni terus rasa sentap dia sampai ke tulang sumsum. Ni la aku yang sekarang, malas nk study , tp takut nak hidup susah pada masa depan. OHH aku gagahi jgk la study ni. paksa diri sekurang-kurangnya nnti tak menyesal di kemudian hari. Kena usaha dlu, doa lepas tu tawakal. Semoga apa yg di usahakan membuahkan hasil , amin.


Dekat-dekat nak final ni, banyak pulak asignment yang dapat, Tp alhamdulillah la, next week last untuk smua asignment2 ni. Penat jgk lah, klau jenisnya dekat2 nak final semua benda nk kena buat. Masa awal2 sem rilek ja, lepas mid sem break ja semua jadi kelam kabut. hehehe. Nak kata tak cukup masa nak study tu memanglah. Banyak sgt masa yang terbuang. Study 30 minit, scroll Twiter la, fb la, insta la. nak whatsup lg la. semua nak buat dalam satu masa, mesti lah jem otak kan. HAHAHAHA. ni la orang bajet2 bijak.


Teringin nak jd org bijak pandai yang tak payah study banyak. study skit dah boleh tangkap, ni jenisnya kena study 10 juta kali baru la bole . Kalau tak study mmg pakai tak jawab final la., Sem ni macam teruk sikit sbb repeat paper. Repeat bukan sbb failed, tapi sebab nak dapat lg baik . Semoga aku tabah untuk study lebih kuat . SEMANGAT ! MAN JADDA WA JADA .



Wednesday 9 April 2014

Kau bintang di langit dan aku cuma batu karang di lautan ....

google image





Ohh bintang yang sentiasa berkelipan di dada langit
yang jauh dari gapaian insan kerdil seperti mana aku
ibarat batu karang di lautan
yang jauh di dasar lautan yang luas



Ohh bintang yang bersinar
bersama dengan kilauan bulan dan mentari
kau punya teman seperti cahaya bulan
cantik di pandang



bertuahnya si bulan yang senantiasa di pagari bintang
manakala aku hanya di dasar laut 
di temani ribuan ikan 



Pedihnya hati ini
dikala aku melihat bintang pujaan ku ini
bersama yang lain



ohh pedihnya bukan kepalang
aku menangis menambah kuantiti air laut biru
tenang sahaja 
ombak memukul pantai
menandakan aku batu karang yang sedang terluka



menangis sehinggalah aku sedar 
aku hanyalah batu karang yang bisa menyakitkan org 
sungguh indah di pandang tapi merbahaya di sentuh



aku sedar sekian lama 
aku memperhatikan bintang tanpa aku mampu menggapai
cita-citaku ingin menggapai bintang
ingin ku sentuh dan inginku berlari bersama 
mengejar mimpi indah 
mimpi yang aku impikan 



Aku masih bermimpi
berkhayal memerhati bintang yang nun jauh di dada langit 
setiap kali mendongak ke langit 
aku harap kau masih berkelipan 



Jika aku punya pilihan 
akan aku luahkan segalanya
akan aku lamar kamu si bintang 
akan aku petik kamu dari dada langit 
akan aku jaga kamu seperti mana aku menjaga diri ku sendiri


aku jadi takut
aku jadi tidak keruan 
pabila aku tahu kau dalam kesusahan 
yes! aku ingin jadi penyelamat kamu wahai bintang 
akan aku tolong semampu aku 


aku inginkan senyuman yang sentiasa terukir 
biarpun pada hakikatnya
kau saling tak tumpah seperti buah kopi 
buah kopi yang sentiasa menyuntik semangat 
tak kala org2 kg letih bekerja


Kau tetap ibarat bintang yang sentiasa menyerikan waktu malam yang suram
Terang kerdipanmu membawa kegembiraan buat insan seperti ku 
Yang sentiasa memuja mu bintang 



Aku sedar akan kelemahan aku 
Banyak yang aku perlu ubah 
Aku perlu berubah 



Kadang-kadang aku bermimpi 
Kita mampu berborak dan menegur sapa
walaupun jarak antara kita jauh 
Kau sentiasa hadir dalam mimpi-mimpi indah ku 



Walaupun sejauh mana kau diam 
walaupun sejauh mana kau cuba larikan diri daripada ku 
Aku akan terus mengejar kamu bintang 
Aku akan terus mengejar bayanganmu 
walaupun semua ini hanyalah mimpi 
Aku rela tidur sepanjang hari 
demi mengejar bayanganmu
Aku takkan letih mengejarmu



Akan ku panah kamu bersama doa-doa 
Akan ku berdoa agar Allah mendekatkan kita



Andai bukan jodoh kita bersama
Andai kita tidak di takdirkan untuk saling memiliki
Pasti terselit hikmah di sebalik apa yang terjadi
Aku redha
Dan doaku agar
dirimu bahagia...
Bahagia bersama pilihan hati





                                                                                             



Ampun maaf andai coretan ini mengguris hati sesiapa.. Hasil nukilan ini sekadar luahan perasaan . Tiada kaitan dengan sesiapa .






Thursday 3 April 2014

Luah rasa :)

Assalamualaikum 

Lama tak jenguk sini, bukan sebab kekangan masa tapi sebab tak taw nak luah apa kat sini,, Hahahaha.. Sepatutnya banyak benda aku nk luah kat sini tapi oleh kerana internet tak dak dan aku jarang buka blog ni  dan aku rasa mcm tak selamat ja nak luah kat sini..kihkihkih..

Sebenarnya, la ni hati aku ni tengah rabak. Aku ni yang kononya jiwa kental ni sebenarnya mudah sangat nak terasa ka nak menangis ka nak meroyan ka dan aku jugak seorang perempuan yang miliki hati yang lemah lembut. Lumrah alam , Allah jadikan manusia pasang-berpasangan dan dah jadi fitrah manusia untuk jatuh hati jatuh cinta. Kadang-kadang cinta datang tanpa di duga. Cinta hadir tanpa di sapa. Siapalah kita untuk menolak segalanya tetapi kita perlu mengawal dengan iman yg ada pada hati kita. Berdoa semampu bole agar orang yang kita suka tu jadi zauj kita , In shaa Allah..

Kadang-kadang ada yang menyindir kelemahan diri aku,, Ye aku mmg gemuk, aku memang tak cantik tapi bukan aku mintak di lahirkan macam ni,. Aku bersyukur sebab di lahirkan tanpa cacat anggota badan.Aku bersyukur sebab masih di beri kesempatan bernafas di atas bumi Allah ini. Kadang-kadang aku senyum saja bila ada yang menyindir. Mungkin depa tak sengaja. Bagi yg sengaja tu aku dah maafkan hampa semua. Kalau tak taw kisah sebenar tak payah nk kata apa.Cuba mai dok kat tempat aku , boleh ka hampa hadapi ni ha.. Dugaan ayat makan dalam dari mulut-mulut semua orang. Beruntung aku sebab ada kawan yang cantik-cantik,sekurang-kurangnya depa paling cantik dari aku..Dan yang paling penting, depa paling baik..maw jugak depa nak kawan ngn aku ni,, Aku tgh diet sebab aku pun nak rasa hidup macam orang lain jugak.. wish me luck yeee semua .

Dah banyak sangat aku luah kat sini, ampun maaf ye kalau ada salah silap dan kalau ada salah sila beri tunjuk ajar.

Thursday 26 September 2013

Assalamualaikum semua 



Dah bersawang dah blog aku ni .Almaklum la sibuk sangat *aceyyy sebenarnya internet tak da sebab aku tak bayar lg* . Aku teringin nak tulis cerpen pendek tapi kejap lagi lah . Sekarang ni aku nak pikir endingnya cam na dulu , hahaha . Rasa mcm nk tulis cerpen pendek yang ada kaitan dgn kisah hidup aku ja.. Tengoklah mcm mana okay , hehehe. Btw , aku sekarang ni tengah jual t-shirt .Sapa yang berminat boleh la cai aku . *Bajet macam semua orang kenal ja*


Actually minggu lepas aku pergi pulau pinang .Saja p jalan-jalan , p melawat si Kepah ( AfifahILyana) kat USM. Malam tu bermalam kat bilik dia la.Tido atas lantai , sejuk gila. Tapi tak pa itu pengalaman dan pengajaran buat aku .Walaupun penat tapi enjoy la dapat jumpa semula exkmk .Lepas jugak rindu aku kat mereka .


Minggu ni aku nak balik kg pulak .Nak setelkan masalah tulang punggung aku . Hahaha .Sakit gila kalau kena duduk lelama .Kuliah semua 2 jam , mmg kematu la wey. Aku risau jugak kalau aku kena penyakit kokdinasi ataupun sakit di tulang hujung punggung. Ni semua bagi kesan kehidupan aku ni.Semoga Allah pelihara kau.Dan kalau betul ,aku teima dengan redha.Sebab Allah takkan datangkan ujian kalau hambaNya tak mampu laluinya .

Drop Your Link Here!

Sambutlah Cinta Tuhan Yang Sentiasa Dicurahkan Pada HambaNya