Assalamualaikum
Lama tak jenguk sini, bukan sebab kekangan masa tapi sebab tak taw nak luah apa kat sini,, Hahahaha.. Sepatutnya banyak benda aku nk luah kat sini tapi oleh kerana internet tak dak dan aku jarang buka blog ni dan aku rasa mcm tak selamat ja nak luah kat sini..kihkihkih..
Sebenarnya, la ni hati aku ni tengah rabak. Aku ni yang kononya jiwa kental ni sebenarnya mudah sangat nak terasa ka nak menangis ka nak meroyan ka dan aku jugak seorang perempuan yang miliki hati yang lemah lembut. Lumrah alam , Allah jadikan manusia pasang-berpasangan dan dah jadi fitrah manusia untuk jatuh hati jatuh cinta. Kadang-kadang cinta datang tanpa di duga. Cinta hadir tanpa di sapa. Siapalah kita untuk menolak segalanya tetapi kita perlu mengawal dengan iman yg ada pada hati kita. Berdoa semampu bole agar orang yang kita suka tu jadi zauj kita , In shaa Allah..
Kadang-kadang ada yang menyindir kelemahan diri aku,, Ye aku mmg gemuk, aku memang tak cantik tapi bukan aku mintak di lahirkan macam ni,. Aku bersyukur sebab di lahirkan tanpa cacat anggota badan.Aku bersyukur sebab masih di beri kesempatan bernafas di atas bumi Allah ini. Kadang-kadang aku senyum saja bila ada yang menyindir. Mungkin depa tak sengaja. Bagi yg sengaja tu aku dah maafkan hampa semua. Kalau tak taw kisah sebenar tak payah nk kata apa.Cuba mai dok kat tempat aku , boleh ka hampa hadapi ni ha.. Dugaan ayat makan dalam dari mulut-mulut semua orang. Beruntung aku sebab ada kawan yang cantik-cantik,sekurang-kurangnya depa paling cantik dari aku..Dan yang paling penting, depa paling baik..maw jugak depa nak kawan ngn aku ni,, Aku tgh diet sebab aku pun nak rasa hidup macam orang lain jugak.. wish me luck yeee semua .
Dah banyak sangat aku luah kat sini, ampun maaf ye kalau ada salah silap dan kalau ada salah sila beri tunjuk ajar.
No comments:
Post a Comment