Wednesday, 10 April 2013

DOA . USAHA . TAWAKAL .


Aku jalani kehidupan di universiti seperti sedia kala di samping semua sahabat-sahabat ku walaupun pada hujung bulan 10/2012 aku di sahkan menghidap kanser yang mampu membunuh . Hampir semua pesakit yang menghidap kanser ini tidak lama hayatnya.Tapi aku tetap bangun dan meneruskan pengajian demi keluargaku.Pada awalnya aku sedih dan tak terima hakikat ini tapi setelah aku mendapat kekuatan dari yang Maha Esa aku kembali kuat . Allah menguji aku kerana sayang padaku . keluarga dan kawan rapat aku selalu memberi  nasihat dan sokongan agar aku kuat dan tabah .

Pada mulanya , aku dapat rasakan kesedihan dan keresahan di wajah ayah dan ibuku yang selalu memikirkan kesihatan aku namun , mereka menyembunyikan kesedihan itu. Aku masih ingat kata-kata ibuku “selagi ada masa selagi tu kita berusaha berubat penyakit ni . setiap racun ada penawarnya anak” . Ya Allah tabahnya hati ibu ku ., cekalnya hati ayahku . Aku sangat merindui arwah kakakku .Al-fatihah buatnya . Cukup lah derita keluargaku setelah kehilangan kakakku . Aku tak mahu mereka merasa kehilangan aku seperti dulu .

Setiap minggu aku pulang ke kampung untuk berubat dan tambah ubat . Sampai kadang-kadang aku tidak mesra dengan kawan-kawan aku .
Dalam menanggung kesakitan ini aku tetap belajar walaupun kadang-kadang aku terpaksa skip kelas . Sukar sungguh kehidupan aku di kolej kediaman sebab nak cari makanan yang aku boleh makan . Kalau salah makan alamatnya berbungkus di atas katil la aku . Setiap hari ayah akan col aku , Tanya macammana kak ti hari ini ? kadang-kadang , walaupun tengah tahan sakit . aku pura-pura okay . Aku tak nak buat ayah dan ibu susah hati di rumah .

Hampir tiga bulan aku hidup dengan ubat dan air mata , akhirnya aku menemui satu produk yang mampu membunuh sel kanser .Aku mencubanya , dengan berkat doa dan usaha ini , aku beransur sembuh . Walaupun produk itu tersangat mahal .

Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kesempatan  untuk aku terus bersujud kepada-Nya . Aku ingin kembalikan senyuman di wajah ayah dan ibu serta keluarga .Mohon doa kalian agar aku terus kuat dan tabah hadapi segala ujian Allah .  

“WALAU SEBESAR MANAPUN UJIAN DARI ALLAH , TERUSLAH BERDOA DAN BERUSAHA MENYELESAIKANNYA . INSHAALLAH ,ADA JALANNYA”



~DOA SENJATA ORG MUKMIN~


2 comments:

a i m z said...

jangan lupa usaha tau...:)

Qaisara Iman said...

jum sama-sama kita usaha :D

Drop Your Link Here!

Sambutlah Cinta Tuhan Yang Sentiasa Dicurahkan Pada HambaNya