Aku jalani kehidupan di universiti seperti sedia kala di
samping semua sahabat-sahabat ku walaupun pada hujung bulan 10/2012 aku di
sahkan menghidap kanser yang mampu membunuh . Hampir semua pesakit yang
menghidap kanser ini tidak lama hayatnya.Tapi aku tetap bangun dan meneruskan
pengajian demi keluargaku.Pada awalnya aku sedih dan tak terima hakikat ini
tapi setelah aku mendapat kekuatan dari yang Maha Esa aku kembali kuat . Allah
menguji aku kerana sayang padaku . keluarga dan kawan rapat aku selalu memberi nasihat dan sokongan agar aku kuat dan tabah
.
Pada mulanya , aku dapat rasakan kesedihan dan keresahan di wajah ayah dan
ibuku yang selalu memikirkan kesihatan aku namun , mereka menyembunyikan
kesedihan itu. Aku masih ingat kata-kata ibuku “selagi ada masa selagi tu kita
berusaha berubat penyakit ni . setiap racun ada penawarnya anak” . Ya Allah
tabahnya hati ibu ku ., cekalnya hati ayahku . Aku sangat merindui arwah
kakakku .Al-fatihah buatnya . Cukup lah derita keluargaku setelah kehilangan
kakakku . Aku tak mahu mereka merasa kehilangan aku seperti dulu .
Setiap minggu aku pulang ke kampung untuk berubat dan tambah
ubat . Sampai kadang-kadang aku tidak mesra dengan kawan-kawan aku .
Dalam
menanggung kesakitan ini aku tetap belajar walaupun kadang-kadang aku terpaksa
skip kelas . Sukar sungguh kehidupan aku di kolej kediaman sebab nak cari
makanan yang aku boleh makan . Kalau salah makan alamatnya berbungkus di atas
katil la aku . Setiap hari ayah akan col aku , Tanya macammana kak ti hari ini
? kadang-kadang , walaupun tengah tahan sakit . aku pura-pura okay . Aku tak
nak buat ayah dan ibu susah hati di rumah .
Hampir tiga bulan aku hidup dengan ubat dan air mata ,
akhirnya aku menemui satu produk yang mampu membunuh sel kanser .Aku mencubanya
, dengan berkat doa dan usaha ini , aku beransur sembuh . Walaupun produk itu
tersangat mahal .
Syukur Alhamdulillah kerana
Allah masih memberi kesempatan untuk aku
terus bersujud kepada-Nya . Aku ingin kembalikan senyuman di wajah ayah dan ibu
serta keluarga .Mohon doa kalian agar aku terus kuat dan tabah hadapi segala
ujian Allah .
“WALAU SEBESAR MANAPUN UJIAN DARI ALLAH , TERUSLAH BERDOA
DAN BERUSAHA MENYELESAIKANNYA . INSHAALLAH ,ADA JALANNYA”
~DOA SENJATA ORG MUKMIN~
2 comments:
jangan lupa usaha tau...:)
jum sama-sama kita usaha :D
Post a Comment