Assalamualaikum ..
Insan mana yang tak dambakan kasih dan sayang kedua ibu bapa mereka . Tersentuh hati aku bila dia kongsikan kisah hidupnya . Dia kehilangan belaian ibu ketika di usia 4 tahun . Katanya , selepas pemergian ibunya , dia sangat gembira kerana hilang semua leteren dan bebelan ibunya . Tapi setelah sekian lama dan meningkat dewasa , dia menyesal dan merindui kasih seorang ibu . Bersabarlah awk , doakan ibu awk di sana .
Selepas ibu dia tak da , dia tinggal dengan opahnya .Saban hari aku mendengar rintihan hati nya yang merindui ibunya . Katanya , kalau ibu masih ada mesti semua saudara mara kenal dia .Ayahnya seorang tentera laut . Sibuk dengan kerja dan dia terpaksa menumpang kasih opahnya .
Aku harap dia dapat teruskan perjalanan hidup dia .Masih jauh lagi kembara hidup kita .Semoga di permudahkan segalanya . amin . Jadilah anak yang soleh yang mendoakan ibubapa kat sana .
No comments:
Post a Comment