Sunday, 14 April 2013

F.A.H.A.M

Assalamualikum....


Sapa lah yang tak ingin mencintai dan di cintai di dunia ini . Bila hati dah suka , boleh buat hidup kita gila.hehehe..Apa yang aku merepek ni pun aku tak tahu la. Tapi ini lah realitinya  "CINTA AKU SUCI , SETULUS HATI SELUHUR KASIH" . Aceyyy .. dh macam ayat novel ja . Nie mungkin sebab aku dh bnyak habiskan cuti mid sem aku dengan baca novel .Boleh di katakan makan novel, tido novel, mandi novel  dan yang pling best shopping pon novel . Hahaha . Bagi peminat novel pasti tahu mcm mana rasa kalau  selalu asyik bernovel . Bila kita faham apa jalan cerita novel tu , kita akan terus baca dan baca . Walaupun kadang-kadang ending cerita tu tak sama dengan apa kita harapkan .



Dalam kita berkawan dan mengenali seseorang tu , mestilah kita akan rasa sesuatu , maksudnya perasaan . Tapi kita masih tak pasti apa sebenarnya yang kita rasa .Indah ! Indah! indah ! dan indahnya la dunia ni . Tapi lagi best kalau kita sesama belajar dan berjaya di samping mengenali dengan lebih rapat lagi.Tapi awas ya , Jangan sampai menaruh harapan yang sangat tinggi , takut diri kita yang kecewa . hehehe . Berdoalah agar dia jodoh kita yang terbaik . Mungkin dia tak nak lagi menjanjikan apa-apa hubungan sebab kita masih belajar , mana tahu nanti kalau dia dh ada kerjaya , dia sendiri yang akan meluahkan perasaannya(Harapan sajalah ) . hahahaha . Akan ku nantikan kamu dan  Biarku sentuh hatimu wahai *****N . Semoga kita berhubung selamanya . Amin . 




Dah banyak yamg aku melalut kat atas , ada yang betul dan ada yang tak betul . Hahaha . Yang penting jangan asyik sgt BERCINTA sampai lupa nk belajar . Ingat amanah mak ayah kita . Belajar sampai berjaya ye . Lagi cun kalau berjaya dalam kedua-duanya sekali . Berjaya dalam belajar dan berjaya dalam bercinta. Ermmm , lagi cun kalau kita dekatkan diri kat Allah maksudnya berdoa dan berdoa . ..




>Maaf andai tersalah kata dan terkasar bahasa<







BUAH ZURIAT@ BUAH ADAM HAWA


Assalamualaikum ... 

Siapa yang tak inginkan cahaya mata dalam melengkapi cinta antara suami dan isteri . Setiap pasangan yang dh berkahwin inginkan anak tapi sesetengah pasangan susah untuk mendapatkan anak walaupun dh mencuba pelbagai cara sama ada cara moden atau tradisional .
Buah zuriat atau buah adam hawa boleh membantu mendapatkan anak , InshaAllah . Buah ni terdapat di Mekah . Dalam berusaha kita perlukan doa. Berdoalah agar di kurniakan cahaya mata . Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.



Sebenarnya aku baru tahu wujudnya buah zuriat ni . Ni pun sebab sepupu aku yang cerita dan dia juga guna alternatif ni untuk dapatkan anak . Hanya minum air rebusan buah ini bersama suaminya , Alhamdulillah sekarang dia dah di sahkan hamil . Terpancar keriangan kat muka dia . Aku pun tumpang happy kat dia .







Buah zuriat @ buah adam hawa






Mudah saja nak rebus buah nie , just belah ja , aku sarankan gunakan kapak , sebab kulit buah ni sangatlah keras . Lepas tu , rebus ja dalam periuk dan minum air rebusan itu . InshaAllah , berjaya  :) 


Jangan risau sekarang kita boleh dapatkan buah zuriat dengan mudah . Untuk info yang lebih lanjut boleh lah klik   http://rumpunyakasihharmoninyasayang.blogspot.com/ . InshaAllah ada jawapannya . Semoga ini dapat membantu kepada mereka yang buntu untuk mendapatkan cahaya mata . Semoga Allah memakbulkan doa dan usaha kita semua . Amin :)




Friday, 12 April 2013

RINDUKAN MEREKA ..


Assalamualaikum ..



Nak lelapkan mata pun susah sejak dua menjak ni .Entah la apa yang aku pikirkan , tetiba saja terimbau nostalgia menjadi student matrik dulu . Walaupun dh setahun aku tinggalkan matrik , tapi kenangan kat matrik masih segar di ingatan . P mana la semua kawan-kawan matrik aku ? haha .. ramai dh yang lost contact , just yang rapat-rapat ja masih lagi berhubung . Think positive ye , mungkin semua tengah sibuk dengan assignment dan study , maklumlah kan alam universiti tak sama dengan alam di pra-u . Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing .



Tetiba ja wajah-wajah classmate aku muncul dalam ingatan aku. Tegelak sorang2 la aku ni haa..Rindu telatah dan lawak nakal mereka . Walaupun tengah belajar tapi tetap ada jenakanya, tapi belajar tetap belajar. Rasa macam happening gila la kn , semua macam gila-gila cam tuh. Belajar pon tak stress sgt .Ramai org kata masuk matrik susah la apa la,, tapi sebenarnya sama ja mana pun . Yang paling penting macam mana kita nk sesuaikan diri dengan tempat tu .





...nie masa hari last kuliah kimia sem 1  sebelum study week...




Time semester dua , aku tak dak sekeping pun gambar dengan classmate sebab kitaorang tak rapat sangat . Dah macam musuh ja dalam kelas . Nak tegelak pun ada jgk la. Semua buat hal masing-masing .Tapi yang pastinya mereka adalah golongan skema **opss tak sengaja terlepas cakap**  Tak rugi pun kalau skema kan ? janji kita berjaya tapi jangan la sampai semua benda nk skema . Bosan la hidup kan ?? 



Aku sebenarnya geng x-pdt ( maktrik 2 tahun la ) . sebab aku ni kurang pandai kot . Tapi sekurang-kurangnya aku masuk jugak matrik . Tak sangka aku wey . Alhamdulillah , kalau tak aku hari-hari kena merempit pegi sekolah la , al maklum la masuk form 6 . Masa aku pdt , itulah masa honeymoon aku wey . Belajar relax gilak la . P kelas macam main-main ja , akibatnya sampai nak perisa akhir sem aku macam stress lah jugak tapi alhamdulillah dapat sambung PST jgk . 



Geng aku memang geng habih baek la , kami satu kepala . Happy gilak ngn depa semua walaupun kami laen-laen negeri . Kami tetap bersama . Tapi yang paling aku rapat cuma miza , nini , wawa dan ada lagi la dua tiga orang tapi yang paling special Aimz lah ataupun nama glamour dia PIHPAH . **kalau pah baca mesti dia marah , ampun pah **  Segala masalah aku cerita kat dia . Thanks ye sebab sudi bagi nasihat kat aku wey . Aku terima seadanya dan aku cuba berubah . Tapi la ni aku ngn dia jauh sebab pipah kat USM aku kat perlis ja . Rezeki aku kat perlis mungkin . Walau jauh kami tetap tanya khabar masing2 lg dan masih berkongsi suka duka kami.




                                                                                                                                                                                     

 >Nielah sahabat baek aku <
...sayang kau weyh ...

                                   




...  lab kimia tapi sempat lg bergambar ...






















Syukur alhamdulillah sebab aku bole lagi jumpa kawan matrik kat u ni . Depa banyak tolong aku dan teman aku . Thanks ye Ac, mirah dan mek na . Kalau tak dak hampa aku tak tahu la apa nak jadi kat aku . Aku hargai hampa sbg kawan aku . Terima kasih Ac ! Terima kasih Mirah ! Aku sayang hampa dua . La ni susah nak jumpa ac dan mirah sebab kami tak sama kos . Jumpa kadang-kadang ja . Moment paling best masa Ac bawak aku makan angin kat kuala perlis smbil tenangkan fikiran . Thanks ac sbb bnyak bagi semangat kat aku . Aku sayang Ac ! Aku sayang Mirah .





>AC DAN MIRAH <







Walaupun dah lama semua ni tapi masih segar dalam ingatan aku ni haa. Sekali kenal selamanya kawan . Semoga kita semua berjaya dalam hidup masing - masing .Amin :)



Kalau nak cerita lebih lanjut tentang PDT life boleh  baca kat entri ni 

~SEKIAN ~



TIGA SAHABAT :)






>FRIENDS 4 EVER<


Kehidupan aku kat U di temani mereka-mereka ni lah . Tak tahulah kalau tak dak dua orang nie , si ain dan si mira natasha . Ceria gilos kami bertiga . Yang lawaknya kami ni selalu ja gelak , kongsi cerita sesama tapi cara kami memang tak sama . Si ain ni punya mata yang sangat sangat sangat lawa . Mata ain sangat tajam , benda apa yg senget menget semua dia nampak . Si Mira ni pulak lagi lah lawak , bila jumpa lelaki terus jadi sejuk habis semua tangan dy . hahaha . Kami ni susah nk terasa mungkin tapi kalau terasa ohh no0  meletup lah boom . haha .. Apa-apa pon , aku suka kawan dgn mereka ini . Sebabnya mereka adalah kawan yang terbaek . Hope kita kekal sahabat selamanya . Masa cuti ni lah aku rindu hampa dua weyh . Tak sabar nk jumpa hampa . Jumpa hampa kat u noh , banyak story nk story-story nie .. heee..Susah senang kita tempuhi bersama . Semoga kita mendapat 4 flat ye . amin :)





         ~Maafkan salah silap aku dalam mencoret cerita ini ~Sekadar perkongsian dan pengajaran~










Shopping ! shopping ! shopping !


Petang tadi sedang asyik aku tengok tv , abg aku ajak pegi popular . Nak habiskan aku punya baucer buku .  Ada RM 150 ja sebab aku dah guna RM100 beli buku rujukan 'Electronic Devices' . Punya la penat pilih buku , lenguh kaki-kaki ni haaa . Sebenarnya aku tak tahu nak beli buku apa dah . Dok nampak novel ja semua .Mujur la ada syarat nya , 20 % ja buleh beli alat tulis . Owh lagi gelap lah otak aku dok pikir nak beli apa . Makna kata aku ada RM30 ja nk beli alat tulis . Tekuburlah angan-angan aku nk beli kalkulator baru . Nampaknya kena setia kat kalkulator lama lah . Haha . Padan muka aku kan . Masa nk bayar tu , mak oii panjang nya line . Kena beratur panjang la pulak . Mujurlah ada adik aku setia teman aku , tak lah boring sangat . Lepas keluar popular , adik aku ajak pegi beli tudung . Melayang RM20 hari ini ,beli tudung punya pasal . Biasalah kan perempuan , kalau nampak tudung cantik-cantik takkan lepas punya tambah kalau murah-murah .







Nie lah novel baru ku :)
Entah best ke tak
just ambik ja tadi .




~Maafkan salah silap aku dalam mencoret cerita ini ~Sekadar perkongsian dan pengajaran~




Wednesday, 10 April 2013

KEMBALILAH SAYANG

Indah sungguh hidup jika penuh dengan cinta . Yang pertama cinta kepada Allah . Cinta yang akan dibalas cinta . Seperti itu juga cinta kepada Rasul dan kepada kedua ibu bapa kita . Fitrah manusia kita ingin di cintai dan mencintai , tetapi bagaimana kita hendak mendamaikan hati sejajar dengan agama dan kehidupan kita agar tidak bergelumang dengan noda dan dosa .  
Sepandai mana pun kita , kita tetap hamba Allah yang kerdil . Selagi mampu berfikir , berfikirlah dengan waras supaya tidak melakukan perkara yang semata-mata untuk memuaskan nafsu . Jangan kerana cinta kita mengorbankan maruah diri , jangan kerana janji-janji manis lelaki yang belum lagi halal bagi kita mempergunakan kita wahai kaum hawa sekalian . 
Aku kongsikan cerita teman baikku sendiri telah jatuh ke jalan hitam . Tiada niatku untuk membuka aibnya , tetapi sekadar nasihat kepada diri sendiri dan kalian semua . Setelah terlanjur , dia kembali berkongsi masalah yang di hadapinya. Ya Allah dugaan besar lagi untuk aku . Apa aku harus buat agar dapat membimbing dia kembali kepadaMu . Hari-hari aku akan jumpa dan nasihatkan dia, kalau sibuk dengan kelas dan assignment , aku akan col atau mcg saja . Aku ingin dia kembali seperti sediakala. Dosa tetap dosa tapi dia perlukan aku untuk menyokongnya untuk berubah .
Bila di Tanya kenapa buat mcm tu? Katanya kerana cinta dan sayangkan insane yang bernama lelaki itu . Ya Allah , sayunya aku dengar , walaupun lelaki itu langsung tidak pedulikannya  lagi . Bersabarlah wahai kawan , ini dugaan dan ujian Allah kepadamu . Semoga kau tabah dan kuat .
Bertaubatlah wahai kawan kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita .








~Maafkan salah silap aku dalam mencoret cerita ini ~Sekadar perkongsian dan pengajaran~















DOA . USAHA . TAWAKAL .


Aku jalani kehidupan di universiti seperti sedia kala di samping semua sahabat-sahabat ku walaupun pada hujung bulan 10/2012 aku di sahkan menghidap kanser yang mampu membunuh . Hampir semua pesakit yang menghidap kanser ini tidak lama hayatnya.Tapi aku tetap bangun dan meneruskan pengajian demi keluargaku.Pada awalnya aku sedih dan tak terima hakikat ini tapi setelah aku mendapat kekuatan dari yang Maha Esa aku kembali kuat . Allah menguji aku kerana sayang padaku . keluarga dan kawan rapat aku selalu memberi  nasihat dan sokongan agar aku kuat dan tabah .

Pada mulanya , aku dapat rasakan kesedihan dan keresahan di wajah ayah dan ibuku yang selalu memikirkan kesihatan aku namun , mereka menyembunyikan kesedihan itu. Aku masih ingat kata-kata ibuku “selagi ada masa selagi tu kita berusaha berubat penyakit ni . setiap racun ada penawarnya anak” . Ya Allah tabahnya hati ibu ku ., cekalnya hati ayahku . Aku sangat merindui arwah kakakku .Al-fatihah buatnya . Cukup lah derita keluargaku setelah kehilangan kakakku . Aku tak mahu mereka merasa kehilangan aku seperti dulu .

Setiap minggu aku pulang ke kampung untuk berubat dan tambah ubat . Sampai kadang-kadang aku tidak mesra dengan kawan-kawan aku .
Dalam menanggung kesakitan ini aku tetap belajar walaupun kadang-kadang aku terpaksa skip kelas . Sukar sungguh kehidupan aku di kolej kediaman sebab nak cari makanan yang aku boleh makan . Kalau salah makan alamatnya berbungkus di atas katil la aku . Setiap hari ayah akan col aku , Tanya macammana kak ti hari ini ? kadang-kadang , walaupun tengah tahan sakit . aku pura-pura okay . Aku tak nak buat ayah dan ibu susah hati di rumah .

Hampir tiga bulan aku hidup dengan ubat dan air mata , akhirnya aku menemui satu produk yang mampu membunuh sel kanser .Aku mencubanya , dengan berkat doa dan usaha ini , aku beransur sembuh . Walaupun produk itu tersangat mahal .

Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kesempatan  untuk aku terus bersujud kepada-Nya . Aku ingin kembalikan senyuman di wajah ayah dan ibu serta keluarga .Mohon doa kalian agar aku terus kuat dan tabah hadapi segala ujian Allah .  

“WALAU SEBESAR MANAPUN UJIAN DARI ALLAH , TERUSLAH BERDOA DAN BERUSAHA MENYELESAIKANNYA . INSHAALLAH ,ADA JALANNYA”



~DOA SENJATA ORG MUKMIN~


Tuesday, 9 April 2013

DOA MEMUSNAHKAN SEL KANSER

  InshaAllah , berusahalah , Allah sentiasa mendengar rintihan kita  :)



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya
 

lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain 

membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 

2. Salawat Nabi 10x. 

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. 

Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. 

InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. 

Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana 

menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan 

sel KANSER..InshaAllah sembuh :D (http://www.facebook.com/SariAgegardPakarBunuhKanser)

Drop Your Link Here!

Sambutlah Cinta Tuhan Yang Sentiasa Dicurahkan Pada HambaNya