google image
Ohh bintang yang sentiasa berkelipan di dada langit
yang jauh dari gapaian insan kerdil seperti mana aku
ibarat batu karang di lautan
yang jauh di dasar lautan yang luas
Ohh bintang yang bersinar
bersama dengan kilauan bulan dan mentari
kau punya teman seperti cahaya bulan
cantik di pandang
bertuahnya si bulan yang senantiasa di pagari bintang
manakala aku hanya di dasar laut
di temani ribuan ikan
Pedihnya hati ini
dikala aku melihat bintang pujaan ku ini
bersama yang lain
ohh pedihnya bukan kepalang
aku menangis menambah kuantiti air laut biru
tenang sahaja
ombak memukul pantai
menandakan aku batu karang yang sedang terluka
menangis sehinggalah aku sedar
aku hanyalah batu karang yang bisa menyakitkan org
sungguh indah di pandang tapi merbahaya di sentuh
aku sedar sekian lama
aku memperhatikan bintang tanpa aku mampu menggapai
cita-citaku ingin menggapai bintang
ingin ku sentuh dan inginku berlari bersama
mengejar mimpi indah
mimpi yang aku impikan
Aku masih bermimpi
berkhayal memerhati bintang yang nun jauh di dada langit
setiap kali mendongak ke langit
aku harap kau masih berkelipan
Jika aku punya pilihan
akan aku luahkan segalanya
akan aku lamar kamu si bintang
akan aku petik kamu dari dada langit
akan aku jaga kamu seperti mana aku menjaga diri ku sendiri
aku jadi takut
aku jadi tidak keruan
pabila aku tahu kau dalam kesusahan
yes! aku ingin jadi penyelamat kamu wahai bintang
akan aku tolong semampu aku
aku inginkan senyuman yang sentiasa terukir
biarpun pada hakikatnya
kau saling tak tumpah seperti buah kopi
buah kopi yang sentiasa menyuntik semangat
tak kala org2 kg letih bekerja
Kau tetap ibarat bintang yang sentiasa menyerikan waktu malam yang suram
Terang kerdipanmu membawa kegembiraan buat insan seperti ku
Yang sentiasa memuja mu bintang
Aku sedar akan kelemahan aku
Banyak yang aku perlu ubah
Aku perlu berubah
Kadang-kadang aku bermimpi
Kita mampu berborak dan menegur sapa
walaupun jarak antara kita jauh
Kau sentiasa hadir dalam mimpi-mimpi indah ku
Walaupun sejauh mana kau diam
walaupun sejauh mana kau cuba larikan diri daripada ku
Aku akan terus mengejar kamu bintang
Aku akan terus mengejar bayanganmu
walaupun semua ini hanyalah mimpi
Aku rela tidur sepanjang hari
demi mengejar bayanganmu
Aku takkan letih mengejarmu
Akan ku panah kamu bersama doa-doa
Akan ku berdoa agar Allah mendekatkan kita
Andai bukan jodoh kita bersama
Andai kita tidak di takdirkan untuk saling memiliki
Pasti terselit hikmah di sebalik apa yang terjadi
Aku redha
Dan doaku agar
dirimu bahagia...
Bahagia bersama pilihan hati
|
1 comment:
gila jiwang
Post a Comment