Monday, 29 July 2013



Kesabaran dalam melaksanakan sesuatu yang bakal mengubah seluruh hidup ni amat lah sukar. Tiada bahu yang sudi menumpangkan penat lelah aku ini. Penat lelah dalam merealisasikan impian aku sejak azali lagi. Aku perlu kuat mengumpul kesabaran dan kekuatan. Semangat jitu yang tinggi setinggi gunung akan aku timbunkan demi keselesaan hidup dan sedap mata memandang. Doakan aku ya kalian semua. Semoga apa yang aku usahakan, apa yang aku korbankan tidak sia-sia di mamah waktu. InshaAllah panjang umur kita jumpa lagi. Salam kemaafan dari ku bakal jenazah kelak.  

Sunday, 14 July 2013

kawen !

Assalamualaikum uolls..semalam masa teman kak ipar aku pegi juai kuih raya, aku singgah rumah sepupu aku. Almaklum la anak dia suka makan kuih tat nenas, apa lagi mula la dok promote itu, promote ini. Dalam dok sembang punya sembang, terkeluar topik kawen. Bukan apa ni kes anak sedara aku beli kuih tat dua bekas, satu untuk mak dia , satu lagi utk mak mentua katanya, sambil dok senyum meleret (senyum gatai lah).Sepupu aku apa lagi, siap smashh anak dia depan kami lagi. Smash guna kata la bukan guna rekat. Hahaha. 

"Nak kawen pun biar lah menantu mak tu dapat keje tetap dulu. Nie baru tamat belajar, hg pun pulun keje dulu bayar moto tu." bebel sepupu aku kat anak dia. Kami semua gelak sebab anak dia keep saying "dah kak nak kawen, mak tak kasi law tak ada la yang jemput kakak balik keje memalam cenggini".

Umur anak sedara aku tu sebaya dengan aku la, cuma dia belajar sekejap ja.Dia ambik kursus solekan dan dandanan. Lepas tamat belajar kursus tu dia terus keje. Makna kata dia dah keje 3 tahun. Fuhhhh mesti dah banyak gaji dia. Aku ni apa ada. Asyik tengok buku ja. Kata dia, untung mak lang bole belajar tinggi-tinggi, nanti kalau keje tak pyh jd kuli cabok cam dia. Betul jugak dia kata. Semua rezki Allah yang bagi. Tak kira la jadi apa pun , janji semua halal .

Aku tumpang gembira sebab depa dah nak kawen. Aku ni bila la nak kawen jgk. Hehehe. Tempoh belajar ada lagi 3 tahun. Fuhhhh lama tu, maw depa ada 2 3 org anak dah la tu. Anak menakan nak kawen. Sorang lagi sepupu aku, umur sebaya ngn aku jgk nak kawen. Baru ja tamat diploma kat poli jitra , tapi pak cik aku tak kasi lg, katanya biar dapat keje dulu walau bf dia dah ada keje tetap (tentera tuh). Tak sabar aku nk tengok depa dua kawen dulu. 

Seronok pun ada, sedih pun ada. Perasaan bercampur aduk semua dah. Jadi rojak dah. hahaha. Aku pun nak jgk kawen tapi calon pun tak dak lagi.Aceyyy, tak apa Zahrah, fokus belajar dulu lepas tu kawen la yee. Jodoh kita Allah dah tetapkan. Perfoms solah and dua untuk kebahagian hidup dan mendapat zauj yang soleh , yang mampu memimpin kita ke jalan Allah dan menuju syurga Allah. Jum sesama amalkan doa ni.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami.
Ya Allah..
Seringkali kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milik aku,
Jauhkanlah dia dari pandanganli,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Peliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah ya Tuhanku,
Berilah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh dari pandangan dan hatiku,
agar aku sentiasa tenang,
walaupun tidak bersamanya.
Ya Allah.. 
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaek buat ku.

Ya Allah..
Dengarlah rintihan drpd hambaMu yang daif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian,
Di dunia mahupun akhirat,
Janganlah menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah.
Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat,
Dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Amin Ya rabbal'aalamin ...


Sebelum nak kata apa-apa , better berfikir lah dulu . Hidup tak berlandaskan agama cam ni la jadinya . Dicaci di maki anak kandungnya sendiri . Astagfirullahalazim , dunia akhir zaman . Semoga cepat berubah . amin . 

Takdir Hidupmu

Assalamualaikum ..

Insan mana yang tak dambakan kasih dan sayang kedua ibu bapa mereka . Tersentuh hati aku bila dia kongsikan kisah hidupnya . Dia kehilangan belaian ibu ketika di usia 4 tahun . Katanya , selepas pemergian ibunya , dia sangat gembira kerana hilang semua leteren dan bebelan ibunya . Tapi setelah sekian lama dan meningkat dewasa , dia menyesal dan merindui kasih seorang ibu . Bersabarlah awk , doakan ibu awk di sana . 

Selepas ibu dia tak da , dia tinggal dengan opahnya .Saban hari aku mendengar rintihan hati nya yang merindui ibunya . Katanya , kalau ibu masih ada mesti semua saudara mara kenal dia .Ayahnya seorang tentera laut . Sibuk dengan kerja dan dia terpaksa menumpang kasih opahnya .

Aku harap dia dapat teruskan perjalanan hidup dia .Masih jauh lagi kembara hidup kita .Semoga di permudahkan segalanya . amin . Jadilah anak yang soleh yang mendoakan ibubapa kat sana . 

Drop Your Link Here!

Sambutlah Cinta Tuhan Yang Sentiasa Dicurahkan Pada HambaNya